EN WhatsApp Kami

RedoReka · Serdang · Seri Kembangan · Balakong · Kajang

Unit sewa anda, kami jaga.

Penyewa keluar, penyewa baru nak masuk minggu depan — dan anda pula duduk jauh. Kami baiki, cat, dan siapkan unit anda cepat, dengan gambar setiap langkah dan invois yang kemas untuk rekod cukai.

Apa yang kami uruskan
2–3 hari

sasaran turnover pembaikan kecil antara penyewa

100%

kerja direkod gambar — sebelum & selepas

1 invois

untuk semua kerja, semua unit — kemas untuk LHDN

Apa yang kami uruskan

  • Aduan penyewa — paip bocor, elektrik trip, pintu rosak
  • Turnover antara penyewa — touch-up cat, servis, ganti aksesori
  • Bocor & kalis air — punca dikesan, bukan tampal je
  • Ganti kunci & tombol setiap tukar penyewa
  • Laporan gambar keadaan unit setiap lawatan
  • Invois terperinci setiap kerja — simpan untuk penyata sewa & cukai
  • Kerja masa unit kosong — serah kunci, kami uruskan
  • Ejen hartanah dialu-alukan — tanya pasal program referral kami

Pakej

PakejTermasukAnggaran
Turnover ExpressPembaikan kecil, touch-up cat, servis paip & elektrik, ganti aksesori — unit siap untuk penyewa baruRM 300 – 1,500 · 2–3 hari
Baik Pulih UnitCat penuh, refresh bilik air, baiki jubin & pintu, semakan wiring (rakan berlesen)RM 2,000 – 8,000
Retainer Tuan RumahUntuk 2+ unit: respons keutamaan aduan penyewa, laporan bergambar, satu invois bulananBulanan

Duduk jauh dari unit? Memang cara kami kerja.

Ramai pelanggan kami tuan rumah yang duduk di KL, luar negeri, atau beli unit dekat UPM untuk sewa bilik. Serah kunci, terima gambar setiap langkah, lulus sebut harga melalui WhatsApp — anda tak perlu datang.

WhatsApp

FAQ

Macam mana urusan kunci dan akses?
Boleh serah kunci kepada kami atau melalui ejen anda. Setiap lawatan direkod dengan gambar masa masuk dan keluar — anda sentiasa tahu siapa masuk dan bila.
Berapa cepat unit boleh siap antara penyewa?
Pembaikan kecil dan touch-up: sasaran 2–3 hari bekerja. Baik pulih penuh: 1–2 minggu ikut skop. Beritahu tarikh penyewa baru masuk, kami rancang ikut itu.
Invois boleh guna untuk rekod cukai sewa?
Ya — setiap kerja ada invois terperinci atas nama anda. Kos pembaikan dan penyelenggaraan unit sewa umumnya boleh ditolak dalam pengiraan pendapatan sewa; simpan semua invois untuk penyata anda.

Unit sewa anda, kami jaga.

WhatsApp kami pasal unit anda