Panduan ·
Jubin dinding tandas: separuh atau penuh siling? Banding kos dan penjagaan

Jawapan terus: kalau bilik air tu memang guna shower setiap hari — lagi-lagi kalau tak ada tingkap — jubin sampai siling memang berbaloi, dan bezanya tak semahal yang ramai sangka. Dalam refresh bilik air standard RM 3–8k, naik dari jubin separuh ke penuh siling biasanya tambah sekitar RM 800–2,000, ikut saiz bilik dan jenis jubin. Jubin separuh masih ada tempatnya — tapi hanya untuk ruang yang dindingnya betul-betul kering: tandas berasingan tanpa shower, atau tandas unit sewa bajet.
Kebanyakan rumah teres sekitar Serdang, Seri Kembangan, Balakong dan Kajang memang diserahkan developer dengan jubin sampai 1.2–1.5 meter je, atas tu cat. Zaman mandi guna baldi dan gayung, memang cukuplah. Tapi bila dah pasang water heater dan shower, bahagian cat di atas tu lah yang rosak dulu — dan akan terus rosak walau berapa kali pun anda cat semula.
Apa sebenarnya jadi atas garisan jubin tu
Wap panas dari shower naik ke atas, kena plaster bercat yang lebih sejuk, dan terkumpul jadi titisan air — setiap hari. Dalam bilik air tengah yang tiada tingkap, lembapan tu tak ada jalan keluar. Setahun dua je, keluarlah jalur kulat kelabu yang biasa tu betul-betul atas jubin, lepas tu cat mula mengelupas. Cat semula memang cantik seketika, tapi anda sedang mengecat dinding yang kena wap setiap hari — ramai owner yang kami jumpa dah masuk kitaran cat semula setiap dua tiga tahun tanpa mereka rancang pun.
Dua benda yang kami belajar dari bahagian menebuk, bukan dari katalog. Pertama: plaster di atas jubin separuh lama hampir tak pernah rata — tukang plaster asal cuma kemaskan bahagian yang nak dijubin je. Jadi kalau nak sambung jubin ke atas kemudian hari, dinding tu kena skim atau screed semula dulu. Sebab tu lah “nanti next time baru buat penuh” sentiasa jadi lebih mahal dari terus buat sekali gus. Kedua: bucu atas jubin separuh tu jadi birai kecil yang kumpul habuk dan daki bilik air; dalam rumah berumur dua puluh tahun, sapu je jari atas birai tu — terasa semua dua puluh tahun tu.
Bila jubin separuh memang masuk akal
- Tandas kering berasingan atau bilik air tetamu tanpa shower — dinding kena percikan je.
- Tandas luar atau belakang rumah yang jarang guna.
- Unit sewa bajet — jubin tinggi di zon shower sahaja, selebihnya separuh, memang kompromi yang munasabah.
- Bila bajet memang ketat — kami lebih rela anda masukkan beza duit tu ke dalam waterproofing yang betul dan cerun lantai yang betul, bukan jubin atas paras mata. Dinding atas cantik tapi lantai bawah bocor tu susunan belanja yang salah.
Detail sambungan yang quote murah selalu tinggal
Kalau pilih separuh untuk bilik yang ada wap, sambungan jubin-ke-cat tu wajib ada kemasan betul: capping strip, jubin baris atas jenis bullnose, atau sekurang-kurangnya tepi yang disealed kemas. Ada quote yang berhenti kat jubin je dan biar cat jumpa tepi kasar. Air wap mengalir turun ikut dinding bercat, duduk atas sambungan tu — dan situlah cat mula menggelembung dan garisan kulat pertama muncul. Item kecil je dalam quote, jadi tanyalah ada ke tidak — kalau tiada, biasanya itu petanda macam mana kemasan kerja lain pun nanti.
Banding kos dan penjagaan
| Separuh (±1.5m) | Penuh siling | |
|---|---|---|
| Kos dalam refresh | Asas | Biasanya + RM 800–2,000 |
| Penjagaan dinding atas | Cat semula setiap 2–3 tahun kalau ada shower | Lap je |
| Paling sesuai untuk | Tandas kering, bilik air tetamu, unit sewa bajet | Mana-mana bilik air bershower |
| Nak naik taraf kemudian | Kena skim dinding dulu — lagi mahal dari buat terus | — |
Pendapat jujur kami
Kalau memang nak renovate bilik air bershower sekarang, teruskan jubin sampai siling. Kerja menebuk, waterproofing dan setting-out sama je kosnya dua-dua cara; yang lebih tu kebanyakannya harga jubin dan lebih kurang sehari kerja pasang. Boleh tengok kedudukan harga ni dalam panduan harga kami, dan skop penuh refresh di bahagian servis. Kalau quote jubin penuh siling jauh melebihi julat ni, tanya jubin apa yang dimasukkan — kadang-kadang memang jubin premium, kadang-kadang padding je.
Ada masalah macam ni di rumah atau kedai anda?
WhatsApp-kan gambar — kami balas dengan jawapan jujur dalam 1 jam waktu bekerja. Kawasan Serdang, Seri Kembangan, Kajang & Puchong.
WhatsApp 013-940 0355